Thursday, February 10, 2011

Majalah Solusi Isu 28 - Tanpa Akhlak Rosak Ibadah

Penulis : Mix Artis
Kod Katalog : TBMJ1028
Harga : RM9.00, CP : 3

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar".
(Riwayat Ibn Majah)
Jawapan itu semua ada terkandung didalam majalah ini. Nantikan keluarannya bertajuk Tanpa Akhlak Rosak Ibadah - Isu 28. Nantikan dipasaran.

***********************************
HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN

Sunday, January 2, 2011

La Tahzan Kerana Cinta

Penulis : Najla Mahfuzh
Kod Buku : MRBK1007
Kod ISBN : 978-967-5426-13-1
Harga : RM19.90, CP : 6

Cinta bukan paksaan..
Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana...
Ia terlalu sukar untuk dimengertikan... C.I.N.T.A merupakan satu perasaan halus yang sukar diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagiaan dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.
  • Buku ini mempersembahkan kepada anda, apa yang selama ini anda cari...
  • Buku ini adalah jambatan kebahagiaan yang akan melindungi anda dari penipuan atas nama cinta.
  • Buku ini juga adalah petunjuk bagi jalan yang terang, agar anda meraih cinta sejati yang membahagiakan.


*****************************
*** HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN. HARAP MAKLUM ***

Wednesday, December 29, 2010

Menyukat Solat Diri


Penulis : Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kod Buku : KPBK1009
Kod ISBN : 978-983-44746-4-5
Harga : RM22.00, CP : 7

Buku ini amat sesuai untuk ummah yang sudah yakin bahawa solat adalah sarat dengan hikmah dan rahmah. Betapapun mereka mengakuinya, tetapi dilema yang sering melanda apabila mereka masih tidak atau belum lagi merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani justeru masih ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan 'bahagia' solatnya itu dengan kewujudan diri. Akhirnya, solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah persuaan waktu yang tidak menemui kebahagiaan dengan kediriannya. Jika solat dan tuannya itu umpama sepasang kekasih, maka buku ini akan cuba mempertemukan pasangan yang selama ini bertemu dan melepaskan rindu tetapi rindunya itu sering tidak kesampaian. Ia bertepuk sebelah tangan di sejadah kaku yang tidak terjawab.
Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?


****************************************
*** HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN. HARAP MAKLUM ***

Majalah Solusi Isu 27 - Di Sebalik Pesan Taqwa


Penulis : Mix Artis
Kod Katalog : TBMJ1027
HARGA : RM9.00, CP : 3

Taqwa adalah satu pesanan yang wajib diperdengarkan oleh khatib dalam khutbah Jumaat. Seorang lelaki yang berumur 45 tahun akan mendengar sekurang-kurangnya 1,560 kali pesan taqwa dalam hidupnya (jika dia tidak pernah meninggalkan solat Jumaat bermula dari umurnya 15 tahun). Mari kita dalami rahsianya...



**********************************
*** HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN. HARAP MAKLUM ***

Edisi Istimewa - Aku Terima Nikahnya


Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Kod Buku : GB0103
Kod ISBN : 978-983-097-272-5
Harga : RM55.00, CP : 18

Buku ini merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.
 Buku 'Edisi Istimewa' Aku Terima Nikahnya merupakan Kompilasi dari 3(tiga) buah buku best sellers, iaitu Aku Terima NikahnyaBercinta Sampai ke Syurga, dan Murabbi Cinta 3 dalam 1. Buku keluaran Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Dapatkan segera!


****************************************
*** HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN. HARAP MAKLUM ***

Saturday, December 11, 2010

Panduan Praktis Hukum Waris

Penulis : Muhammad bin Shalih al- 'Utsaimin 
Kod Katalog :  TBIN1046
Kod ISBN : 9793956550
HARGA :  RM 40.00, CP : 13

 Seringkali harta warisan menjadi pemicu terjadinya pertengkaran, perpecahan, terputusnya tali silaturrahimi, bahkan pertumpahan darah dalam sebuah keluarga. Hal ini kerana, kezaliman dan ketidak adilan di dalam pembahagiannya. Terkadang seseorang berwasiat bahwa sepeninggalnya seluruh hartanya diwarisikan kepada salah seorang anaknya sahaja, atau seluruh anaknya, namun dengan porsi yang ditentukan semaunya. Atau dikuasai secara paksa oleh sebagian keluarganya sehingga sebagian keluarganya yang lain tidak mendapat apa-apa. Kerananya perkara yang satu ini mendapat perhatian lebih di dalam Islam. 
Jika pada umumnya al-Quran menjelaskan syari'at secara global, sedang rinciannya lebih banyak diatur oleh Sunnah Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, namun untuk urusan waris, hingga penghalang waris. Maka , sudah seharusnya kita mengetahui hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah waris ini agar kita tidak melakukan kesalahan di dalamnya.
Buku ini meskipun dari segi ukurannya tergolong kecil, namun seluruh permasalahan waris dan solusinya dapat anda temukan di dalamnya dengan mudah. 


**************************************************
*** HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN. HARAP MAKLUM ***


Panduan Mengadakan Kenduri Menurut Al-Quran & As-Sunnah

Tajuk : Dato' Hj. Md Hashim Hj. Yahya - Panduan Mengadakan Kenduri Menurut Al-Quran & As-Sunnah
No Kod : TBCD 0254
Harga : RM 13.50, CP : 4
Terbitan & Edaran : Telaga Biru Sdn. Bhd.

Klik Sini untuk ke Audio Digital



**************************************************
*** HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN. HARAP MAKLUM ***